Saturday, November 8, 2008

etika sarjana

Sarjana

Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.

Manfaat Perlindungan

  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
  • Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
  • Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Manfaat Sampingan

Pendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.

Manfaat Matang

Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

Manfaat Perlindungan Komprehensif

- Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.

  • Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
  • Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
  • Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
  • Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Pendapatan keluarga (Pembayar Sahaja)
  • Tabungan Tambahan

Kelayakan Penyertaan
Had Umur : Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan : 5 hingga 24 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000
Sumbangan Minima : RM 600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful Nasional Sdn Berhad.
Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).

Pengecualian Cukai Pendapatan

Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

plan prima


Prima

Kami di Etiqa Takaful sentiasa ingin membantu anda mencapai matlamat hidup. Kami mengutamakan keperluan anda dan menyediakan pelan yang sungguh bersesuaian untuk setiap keperluan anda. Kini anda bakal mencapai impian penuh gemilang.

MANFAAT
Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta Akaun Peserta Terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

Manfaat Survival-Setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak. 10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan 4% setahun.

Baki manfaat survival berjadual termasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta dan Lebihan Akaun Khas Peserta.

Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyerahan.

Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'peruntukan bukan lucuthak' untuk meneruskan penyertaan.

KELAYAKAN PENYERTAAN

Had Umur : 6 Bulan hingga 54 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan: 18, 21, 24, 27 dan 30 tahun
Had Umur Matang: 84 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Sumbangan Minimum: RM1,200.00 setahun Lat Sumbangan: • Tahunan
• Setengah Tahunan
• Suku Tahunan
• Bulanan
Perlindungan Minimum: RM10,000

Manfaat Matang

  • Jumlah amaun terkumpul dan keuntungan dalam Akaun Peserta berserta dengan lebihan dari Akaun Khas Peserta setelah ditolak
  • pembayaran manfaat survival berjadual.
  • Pembahagian Keuntungan
  • Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.

Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

plan yang menjanjikan umrah

plan mesra


Mesra

Adakah anda sedang merancang masa depan anda? Kami di Etiqa Takaful sentiasa memahami kehendak anda agar kami dapat membantu anda dengan menyediakan keperluan anda yang anda idamkan

Ini dengan membanut anda menyimpan serta memberikan anda perlindungan yang anda perlukan agar anda dapat menenteramkan jiwa untuk hidup lebih bahagia.

MANFAAT
Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.

SUMBANGAN

Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi dengan didarabkan dengan pendarab jadual yang berasaskan pada umur dan tempoh perlindungan. Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila tempoh kontrak meningkat.


Kelayakan Penyertaan

Had Umur: 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan: 5 hingga 79 tahun
Had Umur Matang: 80 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Sumbangan Minimum: RM600.00 setahun Lat Sumbangan: • Tahunan
• Setengah Tahunan
• Suku Tahunan
• Bulanan
Perlindungan Minimum: RM10,000
Pembahagian Keuntungan/Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.


Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri


insurans terdapat unsur gharar, judi dan riba'

etiqa



saya izzudin adalah perunding kewangan takaful etiqa di bawah syarikat omega asia sendirian berhad.sila sms saya di talian 0172572232 untuk keterangan lanjut berkenaan dengan etiqa..